Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin revolusi Islam Iran, Ayatullah Khamenei dalam pertemuannya bersama presiden Pakistan menyatakan bahawa kegiatan pengganas yang ditaja Barat membawa beban kepada penduduk serantau. Kata beliau, "Amerika dan kuasa Barat sentiasa masuk ke mana-mana tempat dengan membawa kejahatan dan kerosakan."Beliau menyeru betapa perlunya menghadapi pengganas dengan menggunakan keupayaan NAM dan menambah, "Hendaklah semua orang rasa bertanggungjawab dalam menghadapi pembuli dan beban-beban kuasa besar dunia di samping bangun menentangnya."Ayatullah Khamenei mengingatkan tentang sentimen dan pandangan positif bangsa Iran kepada umat Islam Pakistan yang beriman, bersaudara dan berbudaya dengan mengatakan, "Kami harap dengan bantuan Allah, segala masalah yang membebani Pakistan akan berakhir."Asif Ali Zardari juga menceritakan hubungan dua negara yang sangat erat dan berkeluarga. Merujuk kepada usaha Islamabad untuk meluaskan lagi hubungan, beliau berkata, "Kami terima sepenuhnya bantuan bijaksana anda untuk perpaduan dan pemerkasaan."Presiden Pakistan menyatakan penghargaan kepada kejayaan Republik Islam Iran dalam melangsungkan program NAM sambil berkata, "Persidangan ini menunjukkan kepada dunia bagaimanakah cara menyelesaikan masalah sendiri."
2 September 2012 - 19:30
News ID: 344033
Pemimpin revolusi Islam Iran menyatakan kerjasama negara-negara Islam dan memanfaatkan keupayaan NAM untuk menghadapi pengganas adalah satu keperluan. Tambah beliau lagi, "Hendaklah semua orang rasa bertanggungjawab dalam menghadapi pembuli dan beban-beban kuasa besar dunia di samping bangun menentangnya."